Monday, February 16, 2009

PROGRAM MESRA DAN MAKAN MALAM BERSAMA PENDUDUK ORANG ASLI

Ketua Batin mengucapkan terimakasih kepadanya dan mahu mengadakan program seperti ini pada masa yang akan datang.

Program ini diadakan pada 12 February 2009, jam 8.00 malam di Kampung Jelai Orang Asli.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk Orang Asli. Kami mencadangkan untuk mengadakan program sebegini di setiap kampung Orang Asli supaya dapat menjalinkan hubungan diantara setiap kaum.

Wednesday, February 11, 2009

MEMBERI KELULUSAN MENGURANGKAN PREMUIM TANAH KOVIL

YAB Dato Seri Utama, Menteri Besar Negeri Sembilan memberi Surat kelulusan kepada A. Thirumalay, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Pajam, bagi mengurangkan premium cukai tanah daripada 640 ribu kepada 100 ribu. Dalam hal ini MIC telah membantu mengurangkan premium bagi kuil ini.

IBU TUNGGAL TERIMA BANTUAN BAIKI RUMAH

Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang hanya meraih pendapatan daripada hasil menoreh getah serta mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Beliau tinggal di kawasan Rompin dan menetap lebih 20 tahun di rumah yang baru dibaiki. Dengan pendapatan RM 200 dari upah menoreh getah tidak mencukupi untuk membaiki keadaan rumah yang uzur dimamah anai-anai. Bantuan pembaikan rumah yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk menggantikan kayu lama yang sudah banyak dimakan anai-anai dengan kayu yang baru. Walaupun beliau mendapat bantuan sara hidup daripada JKM tetapi pihak kerajaan negeri tidak sanggup melihat kedaifan hidup seorang ibu tunggal yang memerlukan keadaan rumah yang sempurna untuk meneruskan kehidupan.