Thursday, June 11, 2009

BANTUAN KEBAJIKAN : 29/04/2009


Kebajikan untuk Semua, begitulah konsep kebajikan masyarakat Negeri Sembilan. Dalam menyentuh aspek kebajikan ini, saya tertarik dengan sebuah keluarga yang baru-baru ini telah menerima sumbangan cek peribadi saya yang bernilai RM1000.00 yang telah disampaikan oleh saya dalam rangka lawatan ke rumah keluarga tersebut di Ladang Jeram Padang, Jempol. Sumbangan cek tersebut adalah untuk ibu kepada 2 orang (OKU) kanak-kanak untuk mengembangkan perniagaan runcitnya. Serta bagi kanak-kanak istimewa tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mula pembayaran bantuan OKU bulanan sebanyak RM300.00 seorang.

Harapan saya adalah bantuan kebajikan tersebut dapat membantu dalam mengurus kanak-kanak tersebut. Semoga Tuhan yang Maha Berkuasa merestui kanak-kanak tersebut.


V.S. MOGAN

Wednesday, May 13, 2009

RANGKA LAWATAN KE JERAM PADANG : AKTIVITI SEPANJANG HARI PADA 12 MEI 2009

Penduduk di kawasan Rumah Rakyat Rompin berasa lega setelah persempadanan jalan di hadapan rumah mereka telah diluaskan oleh Jabatan Kerja Raya melalui hasil perbincangan Adun dengan pihak berkenaan. Sebelum ini penduduk di kawasan tersebut berasa resah akibat jalan ke rumah mereka yang terlalu sempit.

Melawat Kampung Kepis : pembaikpulihan dan pembinaan baru saliran lonkang bagi menyenangkan penduduk kampung Kepis.



Melawat rumah yang ditimpa ribut di Kepis 12 : bersama YB V.S. Mogan ialah wakil khas Adun Johol,Pengerusi JKKK Kepis serta rakan dari DUN Jeram Padang.

Memantau kerja-kerja pembangunan Sekolah St. Helier bersama Pegawai JKR

PEJABAT YB TUAN V.S. MOGAN

Tuesday, May 12, 2009

LAWATAN RASMI KE LADANG JERAM PADANG DAN LAWATAN SOSIAL KE LADANG BUKIT PILAH

Saudara,

Semalam, saya telah mengadakan lawatan rasmi bersama-sama dengan pegawai dari beberapa jabatan kerajaan ke Ladang Jeram Padang yang mempunyai 286 pekerja (Bhg Batu Bersawah dan Bhg Kepis) serta mengenalpasti perkara-perkara berhubung pengurusan, tanggungjawab sosial dan sesi berdialog dengan wakil union ladang tersebut. Pelbagai noktah telah diusulkan dan harapan saya adalah pihak pengurusan ladang Jeram Padang dan pihak NUPW dapat berkerjasama dalam menyelesaikan isu dalaman ladang tersebut. Saya juga membentangkan beberapa usul yang antaranya adalah gaji pekerja (gaji minima), pengurusan sisa oleh kilang, kemudahan perumahan, program Buku Hijau, pengangkutan anak-anak ke sekolah, kenderaan kecemasan, tanah perkuburan orang India, jalan kawasan estet, surau, bantuan am bagi rumah ibadat, masalah anjing liar, air dan elektrik, tiang lampu, dan lain-lain. Lawatan Rasmi yang sepatutnya berakhir dengan lawatan sekitar ladang tidak dapat dilaksanakan atas masalah cuaca (hujan).

Selepas lawatan tersebut, saya bersama dengan wakil peribadi di Jeram Padang En. Krishnan telah mengadakan lawatan ke Ladang Bukit Pilah. Saya begitu kagum dengan cara pengurusan ladang tersebut yang persekitarannya bersih dan selesa. Namun begitu, kebajikan rakyat memetik pandangan saya di mana terdapat juga kes tiada sijil lahir, OKU, kebajikan warga emas dan sebagainya. Saya telah mengarahkan wakil peribadi saya dan pegawai dari pejabat saya untuk mengadakan sesi bertemu warga Ladang Bukit Pilah dan pendaftaran hal ehwal kebajikan serta kem kesihatan dalam kadar yang segera.

Secara kesimpulannya, saya berpendapat hasil lawatan ke kedua-dua ladang jelas mempamerkan komitmen warga Jeram Padang ke atas usaha kerajaan Negeri Sembilan.

Sekian.

V.S. Mogan

Thursday, May 7, 2009

ILMU KEUSAHAWANAN MELALUI PINJAMAN TEKUN NASIONAL






Sahabat Internet,


Sebuah kursus penjelasan keusahawanan muda telah diadakan semalam bersamaan 6 Mei 2009 di Balai Orang Ramai Rantau, pukul 8.00 malam. Sebanyak 50 belia telah mengambil bahagian untuk menimba penjelasan yang diberikan oleh Saudara Param dan rakannya berhubung pinjaman Tekun Nasional. Saya berasa amat bersyukur kerana belia dan beliawanis kita dapat menimba ilmu keusahawanan. Juga berharap pinjaman Tekun Nasional dapat membantu belia kita memacu agenda komuniti. Sekian, terima kasih.


V.S. Mogan


Thursday, April 30, 2009

LAWATAN KE LADANG BATANG JELAI






Pada 23.04.2009, saya bersama isteri saya telah melawat Ladang Batang Jelai yang turut disertai rakan sepasukan saya untuk menjelajah intipati penduduk kawasan terbabit. Saya berasa amat bersyukur ke atas limpahan kasih yang ku terima daripada masyarakat sekitar kawasan Ladang Batang Jelai.

Pelbagai lontaran soalan, cadangan dan idea dibentangkan dan yang amat mengagumkan saya adalah komitmen masyarakat setempat yang bersedia bersama saya untuk memajukan komuniti kita.

Kebajikan, sekali lagi diberi penekanan. Sebagai alas majlis, saya dengan restu Tuhan telah memberi sedikit sumbangan kepada wakil-wakil penduduk kawasan terbabit. Antaranya adalah, pemberian sumbangan buku persekolahan bagi 6 buah tabika di kawasan Jeram Padang yang berjumlah RM5000.00, Kerusi roda bagi En.Kanniapan, Pakaian baju sukan "jersey" dan bola kepada pasukan bola sepak di kawasan tersebut.

Majlis yang meriah ini berakhir dengan senyuman manis rakyat kawasan Ladang Batang Jelai. Sekian.


V.S. MOGAN

Wednesday, April 29, 2009

YOUNG ENTREPRENEURS : TEKUN LOAN

Young Entrepreneurs,

Application Forms for 'Tekun' Loan is now available at:
Yayasan Strategik Sosial (YSS),
Tingkat 5, Menara Manickavasagam,
No 1, Jalan Rahmat,50350,
Kuala LumpurMalaysia.

Phone: 6-03-4041 5958 (Mr Nareen) Fax: 6-03-4041 5681 Email: enquiries@yss98.com

YSS will also be holding workshops every Wednesday from 10.00 am to 1.00pm at its office to brief applicants on how to apply and how to fill up the forms.

Closing Date : 15th June, 2009

Thursday, April 23, 2009

BANGSA MALAYSIA, SIAPA DALANGNYA?!

Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Najib Tun Razak dalam menekankan semula dasar bangsa Malaysia yang kebelakangan ini dihimpit dengan pelbagai isu perkauman. Satu Malaysia, Satu Bangsa adalah istilah yang amat tepat pada masa kini untuk dirahmati bersama.

Agenda Bangsa Malaysia ini pernah banyak kali diungkitkan sebelum ini dari era Dato'. Onn Jaafar sehingga Tun. Abdullah Ahmad Badawi, namun pencapaiannya amat tidak memberangsangkan. Mengapa berlakunya begitu, siapa dalangnya?

Rakyat Malaysia lah punca kegagalan dasar bangsa Malaysia. Mengapa begitu?!. Rakyat Malaysia masih hidup di dalam konsep pecah dan perintah (divide and rule) yang diperkenalkan serta diamalkan oleh pihak British dalam kolonialnya. Masyarakat Melayu, Cina, dan India dengan identiti tersendiri tanpa menghubungkait dengan satu sama lain. Pemimpin politik mahupun NGO hanya mementingkan komunitinya tersendiri dengan lupa daratnya sebagai representasi keseluruhan rakyat Malaysia. Minda kita terikat dengan dasar perkauman dan lupa mengutamakan Negara Malaysia.

Kegagalan tersebutlah yang menyebabkan timbulnya perselisihan antara kaum yang sedikit sebanyak dapat dirasai di Negara kita. Toleransi dan sifat persaudaraan perlulah diutamakan dan dijalinkan oleh kita semua dalam membentuk generasi sifar puak perkauman. Kita perlulah bersatu membangunkan Wawasan 2020 sebagai Wawasan Bersama dan memberikan platfom "Bangsa Malaysia" kepada generasi yang akan datang.

Berbanggalah untuk bergelar Bangsa Malaysia dan Bersamalah memajukan Negaraku Malaysia.

VS. Mogan