Tuesday, March 24, 2009

GELANGGANG RAKYAT

PEMBINAAN GELANGGANG RAKYAT


Pembinaan Gelanggang Rakyat di Taman Bahau dan Palong 1. Dengan pembinaan gelenggang rakyat di Taman Bahau dan Palong 1 memudahkan golongan belia menyertai secara aktif dalam aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Keranjang dan badminton. Gelanggang ini dengan usaha YB V.S. MOGAN ADUN JERAM PADANG dalam kos RM 100,000 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

Monday, February 16, 2009

PROGRAM MESRA DAN MAKAN MALAM BERSAMA PENDUDUK ORANG ASLI

Ketua Batin mengucapkan terimakasih kepadanya dan mahu mengadakan program seperti ini pada masa yang akan datang.

Program ini diadakan pada 12 February 2009, jam 8.00 malam di Kampung Jelai Orang Asli.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk Orang Asli. Kami mencadangkan untuk mengadakan program sebegini di setiap kampung Orang Asli supaya dapat menjalinkan hubungan diantara setiap kaum.

Wednesday, February 11, 2009

MEMBERI KELULUSAN MENGURANGKAN PREMUIM TANAH KOVIL

YAB Dato Seri Utama, Menteri Besar Negeri Sembilan memberi Surat kelulusan kepada A. Thirumalay, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Pajam, bagi mengurangkan premium cukai tanah daripada 640 ribu kepada 100 ribu. Dalam hal ini MIC telah membantu mengurangkan premium bagi kuil ini.

IBU TUNGGAL TERIMA BANTUAN BAIKI RUMAH

Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang hanya meraih pendapatan daripada hasil menoreh getah serta mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Beliau tinggal di kawasan Rompin dan menetap lebih 20 tahun di rumah yang baru dibaiki. Dengan pendapatan RM 200 dari upah menoreh getah tidak mencukupi untuk membaiki keadaan rumah yang uzur dimamah anai-anai. Bantuan pembaikan rumah yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk menggantikan kayu lama yang sudah banyak dimakan anai-anai dengan kayu yang baru. Walaupun beliau mendapat bantuan sara hidup daripada JKM tetapi pihak kerajaan negeri tidak sanggup melihat kedaifan hidup seorang ibu tunggal yang memerlukan keadaan rumah yang sempurna untuk meneruskan kehidupan.

Tuesday, January 13, 2009

HAPPY PONGGAL 2009


Thai Ponggal as it begins in the month of Thai. It is start to be in the festive mood in preparation of Thaipusam. It is celebration of the prosperity associated with harvest by thanking the rain, sun and the farm animals that have helped in the harvest. Ponggal is celebrated by the India state of Tamil Nadu as well as tamil worldwide. People of all religions celebrate the ponggal festival. This festival is originated in Tamil Nadu by saying "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" and usually takes place January 12 to 15. Ponggal is the main day, falling on the first day of the Tamil month Thai and also known as Sarkarai Ponggal or Veetu Ponggal and celebrated by boiling rice with fresh milk and jaggery in new pots, which are later topped with brown sugar, cashew nuts and raisins early in the morning and allowing it to boil over the vessel.
"PONGGAL VALTUKKAL"

SESI PERBINCANGAN BELIA INDIA

Sesi perbincangan belia ini diadakan pada 22/12/08 di Bilik Cempaka, Wisma Negeri. Sesi ini bermula pada 4 petang. Sesi ini dihadiri oleh YB Tuan Abd. Samad bin Hj. Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan. Turut hadiri juga wakil daripada Jabatan Belia. Sesi ini dijemput 4 NGO, MIC, KBBT, HYO dan MIYC. Dalam Sesi ini membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi di kalangan belia India di Negeri Sembilan. Tambahan juga, membincangkan tentang peluang-peluang yang boleh didapati dikalangan masyarakat India.


YB Tuan Abd Samad bin Hj. Ibrahim mengkalungkan bunga malai kepada K. Murali kerana beliau mendapat jawatan sebagai Presiden MKBBT Malaysia.


Sebahagian NGO yang hadir pada sesi perbincangan Belia pada hari tersebut.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Salam Bahagia,

Dengan limpah restu daripada Tuhan yang Maha Esa, kini kita sekali lagi melangkah ke hadapan menuju tahun yang baru dan juga yang akan bermakna kelak sebagai kenangan dan junjungan. Jadikanlah tahun 2009 sebagai milestone bagi pencapaian kita dan berusahalah ke hadapan mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama keluarga, bangsa, dan negara.

Saya juga berharap tahun 2009 akan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Malaysia serta mewujudkan antonasi Bangsa Malaysia yang berintegrasi. Kemajuan sesebuah negara hanyalah akan tercapai dengan sokongan serta perpaduan dalam kalangan komuniti yang ada dalam negara tersebut.

Marilah kita berganding bahu membangunkan Martabat Bangsa Malaysia.

Great wish for all of your future undertakings and together we strive for an excellent Malaysia. In year 2009, we should take an oath to urge unity as a main medium for community development and then our nation development. One Vision One Nation.

Selamat Tahun Baru 2009 dan Majulah Malaysia.


V.S.MOGAN