Majlis Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek bagi Bantuan Program Pembasmian kemiskinan Bandar di Dewan Majlis Daerah Bahau. Seramai 37 orang telah diberi bantuan kewangan melalui program ini. Turut hadir YDP Majlis Daerah Jempol Tuan Hasnul Mohamed.
Tuesday, July 7, 2009
Friday, June 19, 2009
LAWATAN YAB DATO' SERI UTAMA MENTERI BESAR KE DUN JERAM PADANG
YAB Dato Seri Utama, Menteri Besar NS telah mengadakan lawatan rasmi ke Dun Jeram Padang pada 15/06/09 bertempat di SJK(C) Chung San Rompin jam 4 petang seramai 1000 orang telah menghadiri ke majlis Pemimpin Bersama Rakyat. YAB Menteri Besar telah menekankan kepentingan perpaduan dan Konsep 1 Malaysia kepada orang ramai yang hadir.Beliau mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM 10,000 kepada PIBG SJKC Chung San dan akan berusaha untuk mendapatkan satu bank di pekan Rompin. YB Mogan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Meneri Besar NS yang telah mengadakan lawatan rasmi ke DUN Jeram Padang
Thursday, June 11, 2009
PORTFOLIO : MAJLIS PELEPASAN BENIH IKAN
Majlis Pelepasan Benih Ikan telah berlangsung di Rompin, Negeri Sembilan yang telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Tuan V.S. Mogan pada 26 Mei 2009. Sebanyak 60,000 benih ikan telah dilepaskan di Sungai Muar yang mengalir di kawasan Rompin. Turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan YBhg En. Wan Muhammad Aznan bin Abdullah serta pegawai-pegawai kerajaan, para pemimpin kawasan Rompin, wakil-wakil NGO. Jenis ikan yang dilepaskan adalah ikan kerai 30,000 ribu, ikan puyu 10,000 ribu, ikan baung 10,000 ribu, dan ikan patin 10,000 ribu. Anggaran kos perbelanjaan bagi ikan yang dilepaskan ialah RM 35,000 ribu dan program ini diadakan bersempena dengan kempen "Cintailah Sungai Kita". YB Tuan V.S. Mogan telah mengamanatkan penduduk kawasan Rompin untuk menjaga kebersihan, persekitaran dan hidupan asas dalam sungai tersebut serta menjayakan kempen ini. Beliau juga secara peribadinya berterima kasih ke atas komitmen warga Rompin dalam program pelepasan Benih Ikan ini.
Pejabat YB Tuan V.S. Mogan
BANTUAN KEBAJIKAN : 29/04/2009
Kebajikan untuk Semua, begitulah konsep kebajikan masyarakat Negeri Sembilan. Dalam menyentuh aspek kebajikan ini, saya tertarik dengan sebuah keluarga yang baru-baru ini telah menerima sumbangan cek peribadi saya yang bernilai RM1000.00 yang telah disampaikan oleh saya dalam rangka lawatan ke rumah keluarga tersebut di Ladang Jeram Padang, Jempol. Sumbangan cek tersebut adalah untuk ibu kepada 2 orang (OKU) kanak-kanak untuk mengembangkan perniagaan runcitnya. Serta bagi kanak-kanak istimewa tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mula pembayaran bantuan OKU bulanan sebanyak RM300.00 seorang.
Harapan saya adalah bantuan kebajikan tersebut dapat membantu dalam mengurus kanak-kanak tersebut. Semoga Tuhan yang Maha Berkuasa merestui kanak-kanak tersebut.
V.S. MOGAN
Wednesday, May 13, 2009
RANGKA LAWATAN KE JERAM PADANG : AKTIVITI SEPANJANG HARI PADA 12 MEI 2009
Penduduk di kawasan Rumah Rakyat Rompin berasa lega setelah persempadanan jalan di hadapan rumah mereka telah diluaskan oleh Jabatan Kerja Raya melalui hasil perbincangan Adun dengan pihak berkenaan. Sebelum ini penduduk di kawasan tersebut berasa resah akibat jalan ke rumah mereka yang terlalu sempit.
Melawat Kampung Kepis : pembaikpulihan dan pembinaan baru saliran lonkang bagi menyenangkan penduduk kampung Kepis.
Melawat rumah yang ditimpa ribut di Kepis 12 : bersama YB V.S. Mogan ialah wakil khas Adun Johol,Pengerusi JKKK Kepis serta rakan dari DUN Jeram Padang.
Memantau kerja-kerja pembangunan Sekolah St. Helier bersama Pegawai JKR
PEJABAT YB TUAN V.S. MOGAN
Tuesday, May 12, 2009
LAWATAN RASMI KE LADANG JERAM PADANG DAN LAWATAN SOSIAL KE LADANG BUKIT PILAH
Saudara,
Semalam, saya telah mengadakan lawatan rasmi bersama-sama dengan pegawai dari beberapa jabatan kerajaan ke Ladang Jeram Padang yang mempunyai 286 pekerja (Bhg Batu Bersawah dan Bhg Kepis) serta mengenalpasti perkara-perkara berhubung pengurusan, tanggungjawab sosial dan sesi berdialog dengan wakil union ladang tersebut. Pelbagai noktah telah diusulkan dan harapan saya adalah pihak pengurusan ladang Jeram Padang dan pihak NUPW dapat berkerjasama dalam menyelesaikan isu dalaman ladang tersebut. Saya juga membentangkan beberapa usul yang antaranya adalah gaji pekerja (gaji minima), pengurusan sisa oleh kilang, kemudahan perumahan, program Buku Hijau, pengangkutan anak-anak ke sekolah, kenderaan kecemasan, tanah perkuburan orang India, jalan kawasan estet, surau, bantuan am bagi rumah ibadat, masalah anjing liar, air dan elektrik, tiang lampu, dan lain-lain. Lawatan Rasmi yang sepatutnya berakhir dengan lawatan sekitar ladang tidak dapat dilaksanakan atas masalah cuaca (hujan).
Selepas lawatan tersebut, saya bersama dengan wakil peribadi di Jeram Padang En. Krishnan telah mengadakan lawatan ke Ladang Bukit Pilah. Saya begitu kagum dengan cara pengurusan ladang tersebut yang persekitarannya bersih dan selesa. Namun begitu, kebajikan rakyat memetik pandangan saya di mana terdapat juga kes tiada sijil lahir, OKU, kebajikan warga emas dan sebagainya. Saya telah mengarahkan wakil peribadi saya dan pegawai dari pejabat saya untuk mengadakan sesi bertemu warga Ladang Bukit Pilah dan pendaftaran hal ehwal kebajikan serta kem kesihatan dalam kadar yang segera.
Secara kesimpulannya, saya berpendapat hasil lawatan ke kedua-dua ladang jelas mempamerkan komitmen warga Jeram Padang ke atas usaha kerajaan Negeri Sembilan.
Sekian.
V.S. Mogan
Thursday, May 7, 2009
ILMU KEUSAHAWANAN MELALUI PINJAMAN TEKUN NASIONAL
Sahabat Internet,
Sebuah kursus penjelasan keusahawanan muda telah diadakan semalam bersamaan 6 Mei 2009 di Balai Orang Ramai Rantau, pukul 8.00 malam. Sebanyak 50 belia telah mengambil bahagian untuk menimba penjelasan yang diberikan oleh Saudara Param dan rakannya berhubung pinjaman Tekun Nasional. Saya berasa amat bersyukur kerana belia dan beliawanis kita dapat menimba ilmu keusahawanan. Juga berharap pinjaman Tekun Nasional dapat membantu belia kita memacu agenda komuniti. Sekian, terima kasih.
V.S. Mogan
Subscribe to:
Posts (Atom)