Monday, February 8, 2010

KEBAKARAN DI PORT DICKSON

Musnah tempat Kediaman di Port Dickson











ada 7/02/2010 telah berlaku kebakaran di Kg Arab Port Dickson. Saya telah melawat mangsa kebakaran dan didapati 4 buah rumah telah hangus dimakan oleh api. Saya didapati keadaan mereka Sehelai sepinggang. Saya telah memberi bantuan kewangan dan juga menyediakan penempatan sementara di JKR Quaters PD kepada mangsa kebakaran.

Saturday, October 24, 2009

BAJET 2010, 1MALAYSIA KEMAKMURAN BERSAMA

Saya mengalu-alukan Bajet 2010 (1Malaysia, Kemakmuran Bersama) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita semalam yang tepat kepada aspirasi Gagasan 1Malaysia. Saya juga berasa bersyukur dan amat berterima- kasih dengan peruntukan tambahan sebanyak RM20 Juta kepada Belia India melalui Tekun Nasional dan fokus mendalam kepada OKU, pemberian Netbook dan broadband kepada pelajar universiti dengan bayaran serendah RM50 selama 2 tahun sahaja, dan diskaun tambang KTMB sebanyak 50% bagi kategori pelajar >13 tahun, Penstrukturan semula skim subsidi dan Kempen memerangi Rasuah. Bersama kita menikmati keberkesanan Ekonomi Negara.

Bersama kita menyokong kerajaan Barisan Nasional di bawah Kepimpinan YAB Dato' Sri. Najib Tun Razak.

Sekian.

V.S.MOGAN

Monday, September 14, 2009

THANK YOU FRIENDS

Dear friends,
Thank you very much for your supports and commitment to me on recent MIC CWC election which is pay me more confident and energy to serve our community.


V.S. Mogan

Thursday, September 10, 2009

YOUR VOTE IS DETERMINE OUR TASK

Dear friends and respectful MIC AGM Delegates,
Vanakkam, With a mission to serve and uplift the community I would be standing for MIC CWC election which will be held on 12/09/2009. Vote for me (No. 31) and give me a chance to serve the community.

3 Important things to establish for uplift our community status;

1. 0% Poverty
2. Financial Freedom
3. + Unity

Stand by my side and give me your support.

Thank you.

V.S. MOGAN

"every Malaysians should be able to truly understand and practice their culture and religion and also at the same time understand and respect the cultures, religions and social status of others"

Tuesday, July 7, 2009

Bantuan PPKB kepada keluarga miskin di DUN Jeram Padang dan Daerah Jempol

Majlis Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek bagi Bantuan Program Pembasmian kemiskinan Bandar di Dewan Majlis Daerah Bahau. Seramai 37 orang telah diberi bantuan kewangan melalui program ini. Turut hadir YDP Majlis Daerah Jempol Tuan Hasnul Mohamed.

Friday, June 19, 2009

LAWATAN YAB DATO' SERI UTAMA MENTERI BESAR KE DUN JERAM PADANG



YAB Dato Seri Utama, Menteri Besar NS telah mengadakan lawatan rasmi ke Dun Jeram Padang pada 15/06/09 bertempat di SJK(C) Chung San Rompin jam 4 petang seramai 1000 orang telah menghadiri ke majlis Pemimpin Bersama Rakyat. YAB Menteri Besar telah menekankan kepentingan perpaduan dan Konsep 1 Malaysia kepada orang ramai yang hadir.Beliau mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM 10,000 kepada PIBG SJKC Chung San dan akan berusaha untuk mendapatkan satu bank di pekan Rompin. YB Mogan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Meneri Besar NS yang telah mengadakan lawatan rasmi ke DUN Jeram Padang

Thursday, June 11, 2009

PORTFOLIO : MAJLIS PELEPASAN BENIH IKAN


Majlis Pelepasan Benih Ikan telah berlangsung di Rompin, Negeri Sembilan yang telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Tuan V.S. Mogan pada 26 Mei 2009. Sebanyak 60,000 benih ikan telah dilepaskan di Sungai Muar yang mengalir di kawasan Rompin. Turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan YBhg En. Wan Muhammad Aznan bin Abdullah serta pegawai-pegawai kerajaan, para pemimpin kawasan Rompin, wakil-wakil NGO. Jenis ikan yang dilepaskan adalah ikan kerai 30,000 ribu, ikan puyu 10,000 ribu, ikan baung 10,000 ribu, dan ikan patin 10,000 ribu. Anggaran kos perbelanjaan bagi ikan yang dilepaskan ialah RM 35,000 ribu dan program ini diadakan bersempena dengan kempen "Cintailah Sungai Kita". YB Tuan V.S. Mogan telah mengamanatkan penduduk kawasan Rompin untuk menjaga kebersihan, persekitaran dan hidupan asas dalam sungai tersebut serta menjayakan kempen ini. Beliau juga secara peribadinya berterima kasih ke atas komitmen warga Rompin dalam program pelepasan Benih Ikan ini.

Pejabat YB Tuan V.S. Mogan