Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Najib Tun Razak dalam menekankan semula dasar bangsa Malaysia yang kebelakangan ini dihimpit dengan pelbagai isu perkauman. Satu Malaysia, Satu Bangsa adalah istilah yang amat tepat pada masa kini untuk dirahmati bersama.
Agenda Bangsa Malaysia ini pernah banyak kali diungkitkan sebelum ini dari era Dato'. Onn Jaafar sehingga Tun. Abdullah Ahmad Badawi, namun pencapaiannya amat tidak memberangsangkan. Mengapa berlakunya begitu, siapa dalangnya?
Rakyat Malaysia lah punca kegagalan dasar bangsa Malaysia. Mengapa begitu?!. Rakyat Malaysia masih hidup di dalam konsep pecah dan perintah (divide and rule) yang diperkenalkan serta diamalkan oleh pihak British dalam kolonialnya. Masyarakat Melayu, Cina, dan India dengan identiti tersendiri tanpa menghubungkait dengan satu sama lain. Pemimpin politik mahupun NGO hanya mementingkan komunitinya tersendiri dengan lupa daratnya sebagai representasi keseluruhan rakyat Malaysia. Minda kita terikat dengan dasar perkauman dan lupa mengutamakan Negara Malaysia.
Kegagalan tersebutlah yang menyebabkan timbulnya perselisihan antara kaum yang sedikit sebanyak dapat dirasai di Negara kita. Toleransi dan sifat persaudaraan perlulah diutamakan dan dijalinkan oleh kita semua dalam membentuk generasi sifar puak perkauman. Kita perlulah bersatu membangunkan Wawasan 2020 sebagai Wawasan Bersama dan memberikan platfom "Bangsa Malaysia" kepada generasi yang akan datang.
Berbanggalah untuk bergelar Bangsa Malaysia dan Bersamalah memajukan Negaraku Malaysia.
VS. Mogan
1 comment:
Post a Comment