Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Salam Bahagia,

Dengan limpah restu daripada Tuhan yang Maha Esa, kini kita sekali lagi melangkah ke hadapan menuju tahun yang baru dan juga yang akan bermakna kelak sebagai kenangan dan junjungan. Jadikanlah tahun 2009 sebagai milestone bagi pencapaian kita dan berusahalah ke hadapan mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama keluarga, bangsa, dan negara.

Saya juga berharap tahun 2009 akan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat Malaysia serta mewujudkan antonasi Bangsa Malaysia yang berintegrasi. Kemajuan sesebuah negara hanyalah akan tercapai dengan sokongan serta perpaduan dalam kalangan komuniti yang ada dalam negara tersebut.

Marilah kita berganding bahu membangunkan Martabat Bangsa Malaysia.

Great wish for all of your future undertakings and together we strive for an excellent Malaysia. In year 2009, we should take an oath to urge unity as a main medium for community development and then our nation development. One Vision One Nation.

Selamat Tahun Baru 2009 dan Majulah Malaysia.


V.S.MOGAN


Monday, December 29, 2008

TUANKU MUHRIZ, YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN


Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz, has been proclaimed the 11th
Yang DiPertuan Besar of Negri Sembilan

DAULAT TUANKU !!!

Sunday, December 28, 2008

SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN DYMM TUANKU JA'AFAR

Salam Takziah,

Saya mewakili penduduk kawasan Jeram Padang serta sebagai wakil masyarakat India dalam Kerajaan Negeri Sembilan menyembah takziah serta dukacita kepada DYMM Tuanku Najihah dan kerabat Di Raja Negeri Sembilan Darul Khusus di atas kemangkatan Ketua Negeri Sembilan, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kepimpinan dan keprihatinan baginda dalam urusan negeri amat menyeragamkan dan mengagumkan.

Dalam pada ini juga, kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan 40hari berkabung sebagai tanda hormat di atas kemangkatan baginda.

Sebagai rakyat Negeri Sembilan, marilah bersama-sama menyembah kepada Tuhan yang Maha Esa untuk merahmati baginda diakhirat.


V.S. MOGAN

Wednesday, December 24, 2008

MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2008

Majlis ini diadakan pada 28/11/2008, jam 3.00 petang di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Majlis ini dianjurkan kali pertama di Negeri Sembilan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional dengan Kerjasama oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Razak Bin Mansor merangkap Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, mewakili YAB Dato Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir oleh YB Dato Yunus merangkap Exco Kerajaan Negeri, Y.Bhg Dato T. Rajagopalu merangkap Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban.

Beliau disambut dan diiringi dengan peralatan tradisional Masyarakat India dan Melayu.


Majlis ini diadakan bertujuan untuk menjadi sebuah Agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju.

Misi utama adalah memupuk kesefahaman dan toleransi melaui jalinan hubungan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti Nasional. Tambahan juga, memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi Nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Pesekutuan dan Rukun Negara.

Majlis jamuan selera bersama dengan YB Dato' Razak Bin Mansor, YB Dato Yunus, Y.Bhg Dato T. Rajagopalu dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara.

Tarian Moden



Tarian Melayu

Tarian klasikal India
Moto Majilis ini adalah "Bersatu Kita Maju"

Monday, December 22, 2008

CHRISTMAS CELEBRATION


From bottom of my heart, wish you all a wonderful and an awesome Christmas celebration. May the festival give prosperity and happiness to you, your family, and our community as a Malaysian. Lets we together celebrate this wonderful festival by forwarding unity as a nation's aspiration.

Best wishes,
V.S. Mogan

Wednesday, December 10, 2008

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar : Pengurusan Sisa Pepejal untuk penduduk Felda Palong 1 dan Palong 2 yang diadakan pada 4 Disember 2008 di Dewan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Felda Palong 2. Program ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar negeri Sembilan, Global Environment centre dan Felda. Program ini untuk memberikan pengetahuan di kalangan orang awam tentang pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran kepada persekitaran terutamanya sungai. Setiap hari sampah yang dihasilkan mencecah 17,000 tan sampah yang dihasilkan itu, hanya 5% sahaja yang kitar semula. Program ini juga meningkatkan kesedaran serta menyebarkan maklumat kitar semula dan pengkomposan. Ini juga membentuk rasa tanggungjawab dan membangunkan perancangan tindakan bagi mangatasi masalah sisa pepejal dan kesannya terhadap persekitaran.

Sebahagian penduduk yang hadir dalam Program Rakan Alam Sekitar
Pemuliharaan Alam Sekitar,
Tanggungjawab Bersama

MELAWAT PASAR ROMPIN

Melawat Pasar di Rompin dan menemui rakyat untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.

BANTUAN KEBAJIKAN

Melawat Orang yang lumpuh separuh badan akibat penyakit di Daerah Jempol. Bersama dengan saya adalah Wakil peribadi saya En. Krishnan.