Wednesday, December 10, 2008

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar : Pengurusan Sisa Pepejal untuk penduduk Felda Palong 1 dan Palong 2 yang diadakan pada 4 Disember 2008 di Dewan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Felda Palong 2. Program ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar negeri Sembilan, Global Environment centre dan Felda. Program ini untuk memberikan pengetahuan di kalangan orang awam tentang pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran kepada persekitaran terutamanya sungai. Setiap hari sampah yang dihasilkan mencecah 17,000 tan sampah yang dihasilkan itu, hanya 5% sahaja yang kitar semula. Program ini juga meningkatkan kesedaran serta menyebarkan maklumat kitar semula dan pengkomposan. Ini juga membentuk rasa tanggungjawab dan membangunkan perancangan tindakan bagi mangatasi masalah sisa pepejal dan kesannya terhadap persekitaran.

Sebahagian penduduk yang hadir dalam Program Rakan Alam Sekitar
Pemuliharaan Alam Sekitar,
Tanggungjawab Bersama

No comments: