Tuesday, July 7, 2009

Bantuan PPKB kepada keluarga miskin di DUN Jeram Padang dan Daerah Jempol

Majlis Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek bagi Bantuan Program Pembasmian kemiskinan Bandar di Dewan Majlis Daerah Bahau. Seramai 37 orang telah diberi bantuan kewangan melalui program ini. Turut hadir YDP Majlis Daerah Jempol Tuan Hasnul Mohamed.

2 comments:

Unknown said...

Y.B,
Saya adalah salah seorang penerima Bantuan PPKB ini dan menetap di Seremban. Soalan saya adalah bolehkah Y.B membantu saya untuk mendapatkan tarikh bila bantuan tersebut akan di agihkan?
Ini kerana pertanyaan saya dan rakan-rakan penerima yang lain tidak di layan oleh kakitangan MPS dan ada kala kami di marahi dengan kata-kata seperti "Sabarlah! Ingat senang ke Kerajaan nak bagi duit??!!" dan lain-lain.
Situasi ini amat mengecewakan kami dan saya amat berharap Y.B dapat menghubungi pihak berkaitan dan setidaknya memberitahu kami anggaran jangkamasa bantuan itu boleh kami terima.

Terima kasih,
Johan
pjoe_p@yahoo.com

V.S. MOGAN said...

Saudara Johan,

Salam Bahagia, berkenaan dengan komen/soalan saudara berhubung pengagihan PPKB. Saya akan merujuk kepada pihak yang berkaitan dalam kadar yang segera. Serta menasihatkan saudara untuk membuat aduan berhubung pegawai kerajaan/pegawai majlis perbandaran yang berkelakuan lepas tangan/memarahi kepada Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan yang berada di bawah portfolio saya. Aduan anda akan menyentuh kepada pembangunan kredibiliti jabatan pada masa akan datang. Sekian.

V.S. Mogan