Friday, June 19, 2009

LAWATAN YAB DATO' SERI UTAMA MENTERI BESAR KE DUN JERAM PADANG



YAB Dato Seri Utama, Menteri Besar NS telah mengadakan lawatan rasmi ke Dun Jeram Padang pada 15/06/09 bertempat di SJK(C) Chung San Rompin jam 4 petang seramai 1000 orang telah menghadiri ke majlis Pemimpin Bersama Rakyat. YAB Menteri Besar telah menekankan kepentingan perpaduan dan Konsep 1 Malaysia kepada orang ramai yang hadir.Beliau mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM 10,000 kepada PIBG SJKC Chung San dan akan berusaha untuk mendapatkan satu bank di pekan Rompin. YB Mogan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Meneri Besar NS yang telah mengadakan lawatan rasmi ke DUN Jeram Padang

1 comment:

HALIM said...

Selamat ptg YB,

Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi dtg Taman Desa Puteri hari ahad yang lalu. Dalam pemerhatian saya, ucapan dato lillah ada mensasarkan kekesalan terhadap YB, jadi fikirkanlah apa yg beliau maksudkan. Sama juga apa yg telah dato lillah ungkapkan kepada YB dengan panggilan yg tak baik iaitu " KOLING " dalam perbualan beliau dgn seseorang dalam talipon yang telah dirakam. Jadi jgn ungkap sahaja 1Malaysia tetapi pemimpin Barisan Nasional sentiasa bermusuh sesama sendiri. Oleh itu slogan adalah perkara biasa bagi pemimpim Barisan Nasional, bertukar sahaja pemimpin atasan, maka keluarlah slogan baru. Hari ini di Dun Jeram Padang terlalu banyak kejadian pecah rumah adalah disebabkan masalah ramai remaja yang tidak mempunyai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada mereka. Timbul pula masalah Gelanggang Pelbagai Guna di Taman Bahau, gelanggang ini tidak diberi pakai kepada org luar dari Taman Bahau.Apakah ini YB tidak tahu akan masalah tersebut, begitu juga dengan masalah Taman Desa Puteri, ucapan lilah menyenth kepimpinan YB iaitu berkenaan dgn rumput di padang yang tidak dipotong, dato lilah mengatakan, dia datang baru nak mesin. Jadi perkara ini sebenarnya menyentuh kepimpinan YB. Satu perkara lagi berkenaan dgn kepimpinan ketua Kampong Taman Jaya, saya telah membawa kes ini ke SPRM dan ternyata belia bersalah, atas alasan beliau ada berjumpa saya dan beberapa org lain meminta saya menarik semula Laporan tersebut. SPRM mengatakan salah dan mengarahkan beliau menyiapkan projek tersebut dan beliau melakukannya. Moralnya di sini, kenapa beliau masih YB setuju untuk menjadi Ketua Kampong Taman Jaya lagi ? Begitu juga dgn masalah Tanah perkuburan yang nyata berlaku pecerobohan oleh pihak era, kes ini kami yang bongkarkan dan polis membuat penyiasatan dan kes ini selesai. Bila dah selasai, pihak YB pula yg mengatakan dgn kerja YB kes ini dapat diselesaikan. Persoalan saya, susah sangat ke nak mengucapkan terima kasih atas apa yang kami lakukan ini untuk rakyat di Taman Jaya. Pentelesaian kes ini juga, kami lansung tidak dipanggil bagi mendengar persetujuan kedua-dua pihak. Saya dah terima apa yang telah dijanjikan oleh pihak Era, kita tunggu apa yang akan kami bongkarkan. Selamat Bekerja.